Basahan wudu'
ditiruskan membasahi ubun,
berdesir air membelai hening,
imsak mula melabuh tirai,
Kukilas selembar karya agung,
mengguyuri lembaran mata,
yang disaluti gerimis hiba,
atmaku yang penuh noda.
Oh baiduri iman,
kutahu rentetan hidupku,
hanyalah klise dinihari,
terbias hari demi hari.
Intonasi hati melewati pergi,
menginsafi secebis hati,
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
ku aluni surah pertama ini.
Kosa Kata
Tirus- makin ke hujung makin kecil; runcing: Mata keris itu panjang dan ~. menirus menjadi kecil ke hujung. meniruskan menjadikan tirus: Dia ~ hujung buluh itu. ketirusan keadaan tirus. penirusan perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan.
desir - bunyi spt bunyi daun pokok ditiup angin, wap yg keluar dr cerek dsb. berdesir berbunyi spt bunyi daun pokok ditiup angin dll: Daun pokok-pokok itu ~ ditiup angin.
mengguyuri - menyirami.
atma - jiwa
Klise - bermaksud kata-kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang-ulang sehinggakan pembaca merasakan seuatu yang baharu atau indah. Ia juga bersifat stereotaip. Tidak dapat memberi sumbangan besar dalam sesuatu karya.
rentetan - rangkaian beberapa benda yg dikaitkan
intonasi - turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap)
Maksud sajak
Sajak ini memerihalkan seorang hamba Allah yang sudah lama tidak membaca al-Quran.
Rangkap pertama
Situasi rangkap ini menggambarkan keadaan di mana hamba Allah itu bangun sebelum subuh dan mengambil wudu'.
Rangkap kedua.
Situasi rangkap ini dimana hamba Allah itu mula memilih al-Quran dan mula membuka pada muka surat pertama dengan tangisan kerana dosa-dosa yang dilakukan.
Rangkap ketiga.
Dia menyesal,bertapa zalimnya dirinya terhadap al-Quran kerana tidak pernah membuka al-Quran setelah bertahun-tahun. Dia amat merasai hidupnya penuh dengan sia-sia.
Rangkap ketiga.
Perasaan hanya ingatkan Allah sekejap-sekajap telah pergi dari hatinya, dan dia sangat menyesali. Dengan lafaz Bismillah, dia mula membaca surah pertama setelah bertahun-tahun meninggalkan al-Quran
No comments:
Post a Comment