Rentetan perasaan,
meniup hati ini,
berliku-liku menujah,
mengesot dan menerkam.
Iya, mmg aku peminatmu,
lagumu mengindahkan,
syairmu mengkagumkan,
agamamu teratas.
Lagumu melodi hidupku,
syairmu menenangkanku,
agamamu tujuanku,
tapi Allah jua niatku.
Kau pemangkin yg kuat,
bisa mempercepatkan,
antara aku dan Allah,
tanpa kau dalam niatku.
Minatku tiada salahnya,
ekspresilah yang menentukan,
kerana kau bidal harianku,
bukan jumud harianku.
Artisku,
Situasi 1,
Andai kau milliku,
lafaz suci pernikahan,
akan kusaluti dgn sujud kesyukuran,
bergendang air mata gembiraan.
Akan ku janji,
aku lah imammu,
sehingga akhir hayatku,
hingga ke syurga.
Anak soleh,
anak solehah,
zuriat berharga,
bekal kita ke akhirat.
Situasi 2.
Andai kau miliknya,
akan kusaluti dgn sujud kesyukuran,
kerana ku tahu,
pilihanmu mapan sekali,
Akan ku janji,
ku teruskan bidalmu,
untuk keredhaanNYA,
sehingga ke syurga.
Tenang, usah risau,
kau pemangkin,
bukan tujuan.
bersahabat dgn mu,
SUDAH CUKUP MEWAH BAGIKU!
Kosa kata
1.Pemangkin- benda atau bahan yg dpt mengubah kecepatan sesuatu tindakan kimia tetapi bahan tsb tidak mengalami perubahan. memangkinkan mempengaruhi (bertindak) sbg mangkin: Enzim itu ~ pemecahan makanan yg dihancurkan oleh gigi. pemangkin faktor, persekitaran dsb yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan.
2.Bidal - kata-kata yg sering kali disebut, dan yg mengandungi nasihat, peringatan, dsb.
3.jumud -beku, kaku, kolot; menjumudkan menjadikan sesuatu (konsep)
4.Mapan - keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgnnya.
Maksud Sajak
Kesinambungan dari Kerana Kau Artisku , bagi sesetengah orang. Artis mereka adalah selebriti yang seringkali mereka lihat di dada akhbar ataupun televisyen, mahupun mendengar di radio. Sajak tersebut menggambarkan bahawa artisnya adalah hiasan paling indah didunia. Iaitu wanita solehah yang kuat dan gagah perkasa. Sajak ke-2 ini adalah menerangkan impak artis tersebut terhadapnya. Perasaan meminat artis tersebut, seperti org benyakkan yg meminati artis selebriti mereka. Rangkap 1, menggambar bahawa minatnya terhadap artis itu wujud dalam hatinya adalah kuat. Juga menggambarkan persaan minat yang tinggi dan berbeza dari orang lain. Sama saja macam manusia biasa meminati artis selebriti.
Rangkap 2, menggambarkan keindahan pertuturan, akhlak, dan agama artis tersebut.
Rangkap 3, menggambarkan bagaimana keindahan artis tersebut mempengaruhi hidupnya menjadi orang yang lebih baik dan soleh, TETAPI, niatnya berubah adalah kerana Allah..
Rangkap 4, pernah dengar pepatah setiap kejayaan lelaki ada wanita disebaliknya? tapi kejayaannya bukan diniatkan untuk perempuan itu. Seperti seorang tokoh berjaya memperjuangkan Islam dan dia mempunyai semangat dan sokongan dari isterinya. Niatnya masih memperjuangkan Islam dan keredhaan Allah. Seperti juga rangkap ini, artis tersebut hanyalah pemangkin, bukan penyebab. Dengan kehadiran artis tersebut, makin dia membuatkan dirinya makin dekat dengan Allah tanpa ada langsung artis tersebut di antaranya dengan Allah. Mungkin juga artis tersebut adalah penyebab dia mendapat wahyu Allah.
Rangkap 5, tiada salah kalau kita meminati seseorang, walaupun terdapat perbezaan ketara iaitu dari segi fizikal dan rohani. Tiada salah jika seorang yang hodoh meminati sesuatu yang cantik, begitu juga dengan pendosa meminati alim ulama. Tetapi, ekspresi minat tersebut boleh menjadi salah ataupun betul. bergantung dengan tindakannya. Kalau tindakannya seperti si hodoh menyatakan perasaan terhadap sicantik yg sah isteri orang, itu salah. Begitu juga dalam rangkap ini, tiada salahnya dia meminati artis tersebut, kerana artis tersebut selalu mengingatkan dia kearah kebaikan, bukan mengingatkan dia kearah keburukan. Kerana jarang ada interaksi antara mereka.
Rangkap 6, adalah menggambarkan situasi masa hadapan. Jikalau artis tersebut menjadi isterinya yang sah, dia akan sangat bersyukur sehingga terus sujud syukur sejurus selepas akad nikahnya dgn tangisan kegembiraan.
Rangkap 7, dia akan berusaha menjadi suami yang mithali dan memperjuangkan Islam. Dia akan mendidik dan memastikan keluarganya adalah berlandaskan Islam, dan artis tersebut adalah isterinya sehingga ke syurga.
Rangkap 8, dia juga menjanjikan supaya anak yang hasil dari perhubungan suci mereka adalah yang soleh dan solehah supaya manjadi bekalan atau penyambung pahalanya diakhiratnya nnti. Dan berbahagialah mereka di alam kubur dengan doa anak yang soleh.
Rangkap 9, dia menggambarkan jikalau ia adalah situasi yang berlainan, apabila artis tersebut adalah ditakdirkan dengan orang lain, dia turut akan sujud syukur. Kerana artisnya menemui pasangan hidupnya, kerana dia tahu, pilihan artisnya adalah yang sangat terbaik.Berbeza dengan dirinya.
Rangkap 10, dia akan teruskan kehidupan hariannya dalam mendapatkan keredhaan Allah, dan menangis semahu-mahunya akan dosa silamnya.
Rangkap 11, dia menyatakan perasaan yang tidak perlu bimbang, kerana artis tersebut hanyalah permangkin.. Bukan tujuan yang utama. Sama seperti rangkap 4. Kerana baginya, dapat berkawan dengan Artis tersebut sudah tersangat mewah baginya. Ianya seperti manusa kebiasaan yang meminati artisnya, dan dia pun turut berbahagia apabila artis tersebut menemui orang yang sepatutnya.. Sama juga seperti kita melihat pasagan Imam Muda Asyraf dan isternya Husna.
dari apa yang kita lihat, sungguh sempurna mereka bersama dan sangat-sangat bersyukur. Itulah pasangan mereka yang ditetapkan sehingga ke syurga. Begitulah perasaannya terhadap artisnya, tiada langsung rasa kecewa, malah persaan gembira penuh ksyukuran.
Adalah diingatkan lagi, sajak haruslah ditafsir dengan penuh teliti..
Hadith dari Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu adalah bergantung kepada niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan (niatkan)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ingat itu, hadis ini menyatakan dengan niat yang salah tapi dengan usaha yang betul, usaha itu adalah sia-sia.
Sajak ini menggambarkan niatnya ingin mendapat keredhaan Allah, dengan artis tersebut HANYALAH PERMANGKIN!!
wahaha..
ReplyDeletealready start looking forward for the next edition~ =) *kalau ada lah
ReplyDeletemengujakan. teruskan sahabat! ;)
ReplyDeleteselamat istiqamah dengan pena tulisan yang mengingatkan! =)
-Najihah Faizah-
mantap!!!!!!!
ReplyDelete