Warning

AMARAN: Sajak2 yang ada disini, smua 100% karya aku.. nak copy paste silakan.. tapi.. sila letak nama dan url aku dihujungnya.. ok!

Thursday, December 29, 2011

PUISI PENUH JIWA~~~~ PEREMPUANKU....

perempuanku..
mengapa kamu diperintahkan menutup kepala?
kerana kamu begitu berharga.
yang nilainya tidak mampu disamakan dengan seberapa banyak harta.
Allah ukir kamu dengan kecantikan yang tiada tolok bandingnya.
kerana itu, kamu dikejar-kejarkan oleh para pemuda.
mereka meracau menginginkan kamu setiap masa.
maka aku rayu dengan menawarkan segala jantung raga.
selubunglah dirimu tanpa tersisa.
kerana engkau ibarat permata yang perlu dijaga.
jangan calar ia melalui darah-darah noda.

pernahkah engkau membaca?
tentang surah yang nyata?
mengatakan perempuan baik hanya diserahkan pada laki-laki yang beriman waja?
tidak adil kamu berkehendak yang sempurna tapi kamu degil untuk memeliharanya.

perempuanku..
agama kita adalah agama yang cukup menjaga.
bukan mengurungmu secara suka-suka.
Allah menyusun hukum kerana Dia saksama.
digalurkan hikmah-hikmah yang mesti kita baca.
bukan dengan minda tapi dengan mata hatimu yang penuh bersedia.

cuba kau lihat antara kaca dan permata,
siapa lebih orang ambil dan suka?
permata kerana ia rapi disingahsana.
dilihat tapi takbisa disentuh rasa.

perempuanku..
mahkotamu adalah HARTA DUNIA!
maruahmu adalah TARUHAN NEGARA!
baik engkau maka baiklah RAKYAT JELATA!
jahat engkau maka punahlah SEMUA MANUSIA!
kerna rahimmu adalah punca SEGALA-GALANYA!

ya Allah..ya Rahman Rahim.
jika aku tidak fikir akan kepentinganku.
akan aku himpunkan semua impianku.
semua doa-doaku.
untuk digalang gantikan kepada semua wanita-wanita yang masih LAMBAT memahami suruhan-MU.

percayalah saudaraku..
jilbab itu adalah tanda megah.
kekuatan ummah.
jangan diremeh apalagi dihina-hina.
berani berubah!aku ada membentengi cemuhan-cemuhan dunia!
masa kita sudah singkat untuk "MENANTI HIDAYAH".
usaha.usaha.usaha!

mari...
aku pimpin tangan.
kita "pulang" yah...sayang...
Rasullulah merindukanmu...

*kesat airmata*

-UMMI~ 

Karya ni adalah hasil nukilan Ummu Habibah

https://www.facebook.com/sailormoon.taro

Sunday, December 25, 2011

Pimpinlah aku







Ya Allah,
aku rayu padamu,
dengan setiap denyutan nadiku,
pimpinlah halaku.

Ku tahu,
kau lah selayaknya memiliki hati ini,
yang telah lama berpaling padamu,
kerana noda dusta maya.

Izinkan aku melurut tubuh,
hati mendakap keinsafan,
mengharapkan ia terpatri,
kekal abadi di penjuru hati.

Benarkanlah aku,
menjadi hamba solehMU,
benarkanlah aku,
mengibar panjiMU,
benarkanlah aku,
menjaga kesucian agamaMU.

Ya Allah,
ku rayu padaMU,
ampunkanlah dosa ku,
pimpinlah aku ke jalan yang benar.
Rasulllah merinduiku,
bersama umatnya yang lain.

Surah Pertama

Basahan wudu'
ditiruskan membasahi ubun,
berdesir air membelai hening,
imsak mula melabuh tirai,

Kukilas selembar karya agung,
mengguyuri lembaran mata,
yang disaluti gerimis hiba,
atmaku yang penuh noda.

Oh baiduri iman,
kutahu rentetan hidupku,
hanyalah klise dinihari,
terbias hari demi hari.

Intonasi hati melewati pergi,
menginsafi secebis hati,
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
ku aluni surah pertama ini.




Kosa Kata
Tirusmakin ke hujung makin kecil; runcing: Mata keris itu panjang dan ~. menirus menjadi kecil ke hujung. meniruskan menjadikan tirus: Dia ~ hujung buluh itu. ketirusan keadaan tirus. penirusan perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan.
desir - bunyi spt bunyi daun pokok ditiup angin, wap yg keluar dr cerek dsb. berdesir berbunyi spt bunyi daun pokok ditiup angin dll: Daun pokok-pokok itu ~ ditiup angin.
mengguyuri - menyirami.
atma - jiwa
Klise - bermaksud kata-kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang-ulang sehinggakan pembaca merasakan seuatu yang baharu atau indah. Ia juga bersifat stereotaip. Tidak dapat memberi sumbangan besar dalam sesuatu karya. 
rentetan - rangkaian beberapa benda yg dikaitkan
intonasi - turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap) Maksud sajak
Sajak ini memerihalkan seorang hamba Allah yang sudah lama tidak membaca al-Quran. Rangkap pertama
Situasi rangkap ini menggambarkan keadaan di mana hamba Allah itu bangun sebelum subuh dan mengambil wudu'.


Rangkap kedua.
Situasi rangkap ini dimana hamba Allah itu mula memilih al-Quran dan mula membuka pada muka surat pertama dengan tangisan kerana dosa-dosa yang dilakukan.


Rangkap ketiga.
Dia menyesal,bertapa zalimnya dirinya terhadap al-Quran kerana tidak pernah membuka al-Quran setelah bertahun-tahun. Dia amat merasai hidupnya penuh dengan sia-sia.


Rangkap ketiga.
Perasaan hanya ingatkan Allah sekejap-sekajap telah pergi dari hatinya, dan dia sangat menyesali. Dengan lafaz Bismillah, dia mula membaca surah pertama setelah bertahun-tahun meninggalkan al-Quran

Saturday, December 24, 2011

Kerana Kau Artisku (Edisi ke-2)


 

Rentetan perasaan,
meniup hati ini,
berliku-liku menujah,
mengesot dan menerkam.

Iya, mmg aku peminatmu,
lagumu mengindahkan,
syairmu mengkagumkan,
agamamu teratas.

Lagumu melodi hidupku,
syairmu menenangkanku,
agamamu tujuanku,
tapi Allah jua niatku.

Kau pemangkin yg kuat,
bisa mempercepatkan,
antara aku dan Allah,
tanpa kau dalam niatku.

Minatku tiada salahnya,
ekspresilah yang menentukan,
kerana kau bidal harianku,
bukan jumud harianku.

Artisku,

Situasi 1,
Andai kau milliku,
lafaz suci pernikahan,
akan kusaluti dgn sujud kesyukuran,
bergendang air mata gembiraan.

Akan ku janji,
aku lah imammu,
sehingga akhir hayatku,
hingga ke syurga.

Anak soleh,
anak solehah,
zuriat berharga,
bekal kita ke akhirat.

Situasi 2.
Andai kau miliknya,
akan kusaluti dgn sujud kesyukuran,
kerana ku tahu,
pilihanmu mapan sekali,

Akan ku janji,
ku teruskan bidalmu,
untuk keredhaanNYA,
sehingga ke syurga.

Tenang, usah risau,
kau pemangkin,
bukan tujuan.
bersahabat dgn mu,
SUDAH CUKUP MEWAH BAGIKU!


Kosa kata


1.Pemangkin- benda atau bahan yg dpt mengubah kecepatan sesuatu tindakan kimia tetapi bahan tsb tidak mengalami perubahan. memangkinkan mempengaruhi (bertindak) sbg mangkin: Enzim itu ~ pemecahan makanan yg dihancurkan oleh gigi. pemangkin faktor, persekitaran dsb yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan.
2.Bidal - kata-kata yg sering kali disebut, dan yg mengandungi nasihat, peringatan, dsb.
3.jumud -beku, kaku, kolot; menjumudkan menjadikan sesuatu (kon­sep)
4.Mapan - keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgnnya.
Maksud Sajak


Kesinambungan dari Kerana Kau Artisku , bagi sesetengah orang. Artis mereka adalah selebriti yang seringkali mereka lihat di dada akhbar ataupun televisyen, mahupun mendengar di radio. Sajak tersebut menggambarkan bahawa artisnya adalah hiasan paling indah didunia. Iaitu wanita solehah yang kuat dan gagah perkasa. Sajak ke-2 ini adalah menerangkan impak artis tersebut terhadapnya. Perasaan meminat artis tersebut, seperti org benyakkan yg meminati artis selebriti mereka. Rangkap 1, menggambar bahawa minatnya terhadap artis itu wujud dalam hatinya adalah kuat. Juga menggambarkan persaan minat yang tinggi dan berbeza dari orang lain. Sama saja macam manusia biasa meminati artis selebriti.

Rangkap 2, menggambarkan keindahan pertuturan, akhlak, dan agama artis tersebut.

Rangkap 3, menggambarkan bagaimana keindahan artis tersebut mempengaruhi hidupnya menjadi orang yang lebih baik dan soleh, TETAPI, niatnya berubah adalah kerana Allah..

Rangkap 4, pernah dengar pepatah setiap kejayaan lelaki ada wanita disebaliknya? tapi kejayaannya bukan diniatkan untuk perempuan itu. Seperti seorang tokoh berjaya memperjuangkan Islam dan dia mempunyai semangat dan sokongan dari isterinya. Niatnya masih memperjuangkan Islam dan keredhaan Allah. Seperti juga rangkap ini, artis tersebut hanyalah pemangkin, bukan penyebab. Dengan kehadiran artis tersebut, makin dia membuatkan dirinya makin dekat dengan Allah tanpa ada langsung artis tersebut di antaranya dengan Allah. Mungkin juga artis tersebut adalah penyebab dia mendapat wahyu Allah.

Rangkap 5, tiada salah kalau kita meminati seseorang, walaupun terdapat perbezaan ketara iaitu dari segi fizikal dan rohani. Tiada salah jika seorang yang hodoh meminati sesuatu yang cantik, begitu juga dengan pendosa meminati alim ulama. Tetapi, ekspresi minat tersebut boleh menjadi salah ataupun betul. bergantung dengan tindakannya. Kalau tindakannya seperti si hodoh menyatakan perasaan terhadap sicantik yg sah isteri orang, itu salah. Begitu juga dalam rangkap ini, tiada salahnya dia meminati artis tersebut, kerana artis tersebut selalu mengingatkan dia kearah kebaikan, bukan mengingatkan dia kearah keburukan. Kerana jarang ada interaksi antara mereka.

Rangkap 6, adalah menggambarkan situasi masa hadapan. Jikalau artis tersebut menjadi isterinya yang sah, dia akan sangat bersyukur sehingga terus sujud syukur sejurus selepas akad nikahnya dgn tangisan kegembiraan.

Rangkap 7, dia akan berusaha menjadi suami yang mithali dan memperjuangkan Islam. Dia akan mendidik dan memastikan keluarganya adalah berlandaskan Islam, dan artis tersebut adalah isterinya sehingga ke syurga.

Rangkap 8, dia juga menjanjikan supaya anak yang hasil dari perhubungan suci mereka adalah yang soleh dan solehah supaya manjadi bekalan atau penyambung pahalanya diakhiratnya nnti. Dan berbahagialah mereka di alam kubur dengan doa anak yang soleh.

Rangkap 9, dia menggambarkan jikalau ia adalah situasi yang berlainan, apabila artis tersebut adalah ditakdirkan dengan orang lain, dia turut akan sujud syukur. Kerana artisnya menemui pasangan hidupnya, kerana dia tahu, pilihan artisnya adalah yang sangat terbaik.Berbeza dengan dirinya.

Rangkap 10, dia akan teruskan kehidupan hariannya dalam mendapatkan keredhaan Allah, dan menangis semahu-mahunya akan dosa silamnya.

Rangkap 11, dia menyatakan perasaan yang tidak perlu bimbang, kerana artis tersebut hanyalah permangkin.. Bukan tujuan yang utama. Sama seperti rangkap 4. Kerana baginya, dapat berkawan dengan Artis tersebut sudah tersangat mewah baginya. Ianya seperti manusa kebiasaan yang meminati artisnya, dan dia pun turut berbahagia apabila artis tersebut menemui orang yang sepatutnya.. Sama juga seperti kita melihat pasagan Imam Muda Asyraf dan isternya Husna.



dari apa yang kita lihat, sungguh sempurna mereka bersama dan sangat-sangat bersyukur. Itulah pasangan mereka yang ditetapkan sehingga ke syurga. Begitulah perasaannya terhadap artisnya, tiada langsung rasa kecewa, malah persaan gembira penuh ksyukuran.


Adalah diingatkan lagi, sajak haruslah ditafsir dengan penuh teliti..

Hadith dari Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu adalah bergantung kepada niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan (niatkan)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Ingat itu, hadis ini menyatakan dengan niat yang salah tapi dengan usaha yang betul, usaha itu adalah sia-sia.

Sajak ini menggambarkan niatnya ingin mendapat keredhaan Allah, dengan artis tersebut HANYALAH PERMANGKIN!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...