Warning

AMARAN: Sajak2 yang ada disini, smua 100% karya aku.. nak copy paste silakan.. tapi.. sila letak nama dan url aku dihujungnya.. ok!

Wednesday, October 19, 2011

Seantero Karya Ibu


Ibu,
telah tercatat di kitab Loh Mahfuz,
lahirku dari rahimmu,
pusatku berhubung dengan pusatmu.

Ibu,
tawaku, okestramu,
larianku, sorakanmu,
tangisanku, drama mu.

Ibu,
seandainya okestraku sumbang,
seandainya sorakanku hambar,
seandainya dramaku meluat,

kamu tetap menyayangiku.

Tika,
pingganku berulamkan buku,
tubuhku bermandikan ilmu,
kamu bagaikan ratu menerima mahligai.

Kini,
ku genggami segulung ijazah,
ku tandangi sebuah anugerah,
susur galur karya agung untukmu.

Ibu,
Ibu,
Ibu,

Syurga dibawah tapak kakimu,
andai tiada keredhaanmu,
Tiada lah titian ihdinassiratal mustaqim bagiku,
tiada bau syurga untukku.

Ibu,
Ku persembahkan irama kejayaanku,
ku hidangi santapan insaniku,
ku semati selimut kasih sayangku,

Ibu,
Engkaulah Ratu hatiku.

Karya ini pernah terpilih dalam bahagian sajak dalam web popular iluvislam.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...