Warning

AMARAN: Sajak2 yang ada disini, smua 100% karya aku.. nak copy paste silakan.. tapi.. sila letak nama dan url aku dihujungnya.. ok!

Wednesday, October 19, 2011

KARYA HENING MALAMKU


Dihening coretan malamku,
Terpinggir embun sendirian,
Bergegar dgn alunan suci Al-Quran.

Madah sandiwara angin,
Mendinginkan qari,
Menarikya selendang putih,
Selubungi tubuh dalam pondok kecil.

Apakah ada secebis keampunan untukku?

Dahulu,
Dosa,
Jauh sekali.

Kemudian,
Sepinggan pahala,
berulamkan dosa.

Kini,
Sedulang dosa,
Pahala entah ke mana.

Oh,
Berdosanya aku,
Hinanya aku,
Kejinya aku.

Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
Ya Ghafur.

Ku bersujud memohon keampunanmu..

Sajak nie.. Pernah menang pertandingan minggu islamik di Kolej Matrikulasi Perlis, Anjuran Persatuan Pelajar Islam KMP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...