Andai rasa diri tidak diterima ramai,
Andai rasa diri dibenci ramai,
Andai rasa diri dibuli ramai,
Andai rasa diri ditertawa ramai.
Andai rasa tertekan dengan sekeliling,
Andai rasa tidak mahu hidup dengan sekeliling,
Andai rasa bergelora dengan sekeliling,
Andai rasa bukan tempatmu dengan sekeliling.
Andai rasa tidak layak bergembira,
Andai rasa tidak layak bersuara,
Andai rasa tidak layak bahagia,
Andai rasa tidak layak untuk hidup didunia.
Apa saja rasa yang menjatuhkanmu,
Apa saja rasa yang melemahkanmu,
Apa saja rasa yang membinasakanmu,
Apa saja rasa yang mendosakanmu.
Hanya satu pesananku terhadapmu.
Biar dunia menyepi, asal syurga menari-nari.
Biar bagaimanapun persepsi buruk mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun hinanya dimulut mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun kejinya pandangan mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun pendosanya dihati mereka terhadapmu,
Biarkanlah,
Biarkan.
Masa depanmu bukan ditangan mereka,
Tercatitnya amalanmu bukan ditangan mereka,
Intuisimu bukan di tangan mereka,
Syurga neraka mu nanti bukan di tangan mereka.
Luqmanul hakim,
Tidak terkenal dizamannya.
Namun dijulang alQuran sepanjang zaman.
Rabiatul Adawiyah,
Matinya keseorangan di kejauhan orang,
Tapi kisahnya iktibar sepanjang zaman.
Uwais al Qarni,
Tidak pernah sempat berjumpa nabi,
Fakir pengembala tiada apa,
Walau tinggal sezaman dan hati keingini,
Tapi disebut-sebut Rasulullah s.aw. sebagai ahli syurga.
No comments:
Post a Comment