Jadi diri sendiri?
bagi aku tiada istilah jadi diri sendiri.
Seperti aku,
sebenarnya tiadalah "aku",
tapi yang ada hanyalah,
aku yang sentiasa berubah-ubah.
Aku berubah apabila berjumpa engkau,
aku berubah apabila di situasi berbeza,
aku berubah apabila menghadap ilahi,
aku berubah apabila meningkat dewasa.
Masakan aku mahu mengatakan,
aku adalah aku,
sedangkan aku akan sentiasa berubah.
Bukan hipokrit,
bukan berpura-pura.
Tapi fikir kembali,
adakah diriku lima tahun yang lalu,
adalah diriku yang sekarang?
Sama juga sepertimu.
fizikal, IQ, EQ, SQ, ESQ, iman, juga berubah,
tidaklah aku katakan,
engkau hipokrit atau berpura-pura.
Umar dahulunya penentang Islam,
kini dia pembela Islam,
apakah kau mahu mengatakan,
Umar tidak menjadi diri sendiri?
Jadi,
jika tiada aku tiada engkau?
Maka siapakah aku?
siapakah engkau?
Aku dan kau
adalah orang yang sentiasa berubah-ubah.
Persoalannya sekarang,
engkaulah yang memilihnya,
berubah kearah kebaikan atau kejahatan?
No comments:
Post a Comment