Warning

AMARAN: Sajak2 yang ada disini, smua 100% karya aku.. nak copy paste silakan.. tapi.. sila letak nama dan url aku dihujungnya.. ok!

Wednesday, January 22, 2014

Jangan Kau Bimbang Sayapku Wahai Helang.

Jangan kau bimbang sayapku wahai helang,
memang sayapku tidak dapat menandingimu,
tetapi sayap ini yang bisa merentasi lautan api,
setelah mengorbankan intan permata.

Jangan kau ragu kibasan sayapku wahai helang,
memang sayapku tidak selaju kibasanmu,
tetapi sayap ini yang bisa bangun terbang gagah,
setelah mengorbankan keselesaan dunia.

Jangan kau risau arah tuju sayapku wahai helang,
memang sayapku tidak setangkas sayapmu,
tetapi sayap ini yang bisa merentasi 73 pintu dan 73 jalan,
setelah ia berpegang pada matlamat yang satu.

Jangan kau gentar sayapku wahai helang.
aku bersama hud-hud,
mencari sang mergastua,
untuk kebaikan kau juga.

Jangan kau bimbang sayapku wahai helang.
kerana sayapku ini yang akan menggantikan sayapmu yang patah.

- Si burung pheonix (yang dahulunya si kelicap)

Inspirasi dari karya Attar of Nishapur (Fariduddin Attar), Conference of the birds.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...