Warning

AMARAN: Sajak2 yang ada disini, smua 100% karya aku.. nak copy paste silakan.. tapi.. sila letak nama dan url aku dihujungnya.. ok!

Sunday, June 23, 2013

Rumi dan Jawi

Jawi mendakwa dialah asli,
rumi mendakwa dialah warisan.

Jawi menari dalam kesenian,
rumi menari dalam kemodenan.

Jawi dan rumi sefahaman tidak.

Jawi berpegang falsafah lama,
rumi berpegang falsafah baru.

wahai jawi, falsafah lama sudah berubah.
wahai rumi, falsafah baru tidak semestinya utuh.

Jawi membetulkan eksperimentasi,
rumi membetulkan mitos.

Rumi dan jawi,
terimalah kebenaran walaupun datang dari sesiapapun.

Saturday, June 22, 2013

Harapan

Manusia hidup dengan harapan, 
bekerja dengan harapan mendapat rezeki,
belajar dengan harapan mendapat ilmu.
berideologi dengan harapan beretorik.

Kadangkala,
manusia layu kerana harapan,
manusia sesat kerana harapan,
manusia mati kerana harapan.

Harapan antonim pada ketakutan.
Kerana itu wujudnya syurga,
bersama dengan penciptaaan neraka.

Harapan,
ada pada kalamullah,
ada pada hadis,
ada pada ulama.

Penawar ketakutan adalah harapan.



*****************************
Kerana itu ajaran sesat, militan pengganas, fahaman songsang, dan berbagai lagi mempunyai pengaruh yang sangat kuat walaupun sebenarnya ideologi luar norma manusia. Kerana pengikut mereka dijanjikan dengan berbagai-bagai harapan. Harapan yang mereka percaya hanya boleh dinikmati dengan berideologi seperti mereka walaupun sebenarnya harapan itu adalah harapan palsu.

Hati-hati dengan harapan anda.

Friday, June 21, 2013

Kawan

Ramai kawan,
tidak semestinya menyelamatkan,
tidak semestinya sentiasa berteman.

Ramai kawan yang dekat padamu,
mana satu yang sayang dan mendoakan kamu,
yang datang sembahyang jenazahmu.
Atau sembahyang jenazah ghaib untukmu.

Semuanya berbalik pada aku,
kawan jenis apakah aku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...