Warning

AMARAN: Sajak2 yang ada disini, smua 100% karya aku.. nak copy paste silakan.. tapi.. sila letak nama dan url aku dihujungnya.. ok!

Wednesday, July 17, 2013

Hero tanpa lagu tema. (The Unsung Hero)

Hero tanpa lagu tema,
tidak dikenali ramai,
tiada sorakan.

Dia tiada pakaian istimewa,
tiada lambang,
mahupun diingati.

Tapi dia yang sentiasa ada untuk kamu,
yang sentiasa membantu kamu,
yang sentiasa memberi inspirasi padamu.

Bediri demi yang lemah,
menolong tanpa harap balasan,
menegakkan kebenaran,
tanpa mengira agama dan bangsa.

Dialah hero tanpa nama,
Dialah hero tanpa lagu tema.
Datang dari setiap sudut
dalam pelbagai cara dan bentuk.

Kerana dia tiada satu.
Kerana dia tiada ramai,
Kerana dia andalah anda,

Anda berpotensi menjadi hero tanpa lagu tema.
Hero yang sebenar tidak pernah ingin dirinya digelar hero.
************************************************

Setiap orang berpeluang menjadi hero. Hero pada seseorang, hero pada komuniti, atau hero pada negara. Hero yang sebenar tidak pernah ingin dirinya digelar hero.








Update 7/4/14
Video di bawah tepat menggambarkan sajakku.


Sunday, June 23, 2013

Rumi dan Jawi

Jawi mendakwa dialah asli,
rumi mendakwa dialah warisan.

Jawi menari dalam kesenian,
rumi menari dalam kemodenan.

Jawi dan rumi sefahaman tidak.

Jawi berpegang falsafah lama,
rumi berpegang falsafah baru.

wahai jawi, falsafah lama sudah berubah.
wahai rumi, falsafah baru tidak semestinya utuh.

Jawi membetulkan eksperimentasi,
rumi membetulkan mitos.

Rumi dan jawi,
terimalah kebenaran walaupun datang dari sesiapapun.

Saturday, June 22, 2013

Harapan

Manusia hidup dengan harapan, 
bekerja dengan harapan mendapat rezeki,
belajar dengan harapan mendapat ilmu.
berideologi dengan harapan beretorik.

Kadangkala,
manusia layu kerana harapan,
manusia sesat kerana harapan,
manusia mati kerana harapan.

Harapan antonim pada ketakutan.
Kerana itu wujudnya syurga,
bersama dengan penciptaaan neraka.

Harapan,
ada pada kalamullah,
ada pada hadis,
ada pada ulama.

Penawar ketakutan adalah harapan.



*****************************
Kerana itu ajaran sesat, militan pengganas, fahaman songsang, dan berbagai lagi mempunyai pengaruh yang sangat kuat walaupun sebenarnya ideologi luar norma manusia. Kerana pengikut mereka dijanjikan dengan berbagai-bagai harapan. Harapan yang mereka percaya hanya boleh dinikmati dengan berideologi seperti mereka walaupun sebenarnya harapan itu adalah harapan palsu.

Hati-hati dengan harapan anda.

Friday, June 21, 2013

Kawan

Ramai kawan,
tidak semestinya menyelamatkan,
tidak semestinya sentiasa berteman.

Ramai kawan yang dekat padamu,
mana satu yang sayang dan mendoakan kamu,
yang datang sembahyang jenazahmu.
Atau sembahyang jenazah ghaib untukmu.

Semuanya berbalik pada aku,
kawan jenis apakah aku?

Monday, January 14, 2013

Mahasiswa di Perjalanan.


Kami anak muda,
kami didedahkan dengan fitnah murahan,
kami didedahkan dengan korupsi hinaan,
kami didedahkan dengan penyelewengan jutaan.
kami didedahkan dengan ideologi sampah bertan-tan.

Media,
menyebarkan berita palsu,
mengajar ilmu sains palsu,
mempermainkan agama,
membodek mereka yang ternama.

Lemas, lemas, lemas,
dengar, dengar dengar,

Kami lalang,
kami putar,
kami letih,
kami sangsi,

Kami tidak dibenarkan berifikir bebas,
kami tidak dibenarkan bersuara bebas,
kami tidak dibenarkan memilih secara bebas,
kami tidak bebas.

Sijil, ijazah, diploma, spm, pmr, upsr,
dipertaruhkan jika kami bersuara,

Jika kami salah, 
tegur dengan berhikmah,
tegur dengan cara terpuji,
bukan dengan ludah berahi,
bukan dengan alasan basi.

Demokrasi diperjuangkan,
diktator diperlihatkan.

Sana kata situ,
situ kata sana.

Kami bakal peneraju bangsa,
kami bakal peneraju agama,
kami bakal peneraju negara.

Mana contoh yang kamu patut beri??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...